Bonda
betapa besar pengorbananmu
Melahirkanku ke dunia ini
Engkau bertarung nyawa
Tanpa sedar kau sedang diambang maut
Tetapi kau rela bertarung nyawa
Demi anakmu yang tercinta
Bonda
Betapa besar pengorbananmu
Engkau membesarkanku berteman
Kini kau sendirian
Tanpa ditemani insan bergelar suami
Engkau mencurahkan kasih sayang
Engkau membekalkan ilmu
Agar aku menjadi insan yang berbakti
Kepada agama, bangsa dan negara
Bonda
Aku akan sentiasa mengingatimu
Hingga hujung nyawa
Terima kasih padamu kuucapkan
Tanpamu bonda
Aku tidak wujud di bumi yang indah ini
Bonda
Ampunilah dosa anak mu ini
Sesungguhnya khilaf ku begitu banyak padamu
Walaupun ia melukaimu
Ia juga amat memeritkan diriku
Bonda
Sekali lagi ingin kuucapkan kepadamu
Terimakasih yang tak terhingga
Kerana Mendidikku
Menjadi insan berguna
Terima kasih bonda
Nantikan kepulangan anakmu.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah..... menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa..... menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan..... menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan..... menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....
Friday, February 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aHLaN Wa SaHLaN
Kemunculan ku disini
Bukan unTuk mengkritik...
Kemunculan ku disini
Untuk berkongsi ilmu sesama kita...
ilmu yang bermanfaat untuk kita semua...
Mudah-mudahan...
Amin...
Bukan unTuk mengkritik...
Kemunculan ku disini
Untuk berkongsi ilmu sesama kita...
ilmu yang bermanfaat untuk kita semua...
Mudah-mudahan...
Amin...
suDuT reNunGaN
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,
ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang
kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan.
(Dale Carnagie)
No comments:
Post a Comment