Friday, April 5, 2013

keHiDuPan Di LuBuk buNTar..SuasaNa KaMPung yaNG MenenanGkaN..

Tidak terasa hampir 3 minGGu sudah berlalu...keNangan mengusik jiwa..kenanGan meNjadi memori selamanya..Kenangan sentiasa berTandang ke jiwa..beGitulah suka duka pengalaman sebagai guru gaNTi di SMK Lubuk Buntar selama hampir 2 buLan..kenaNgan yang teTap dikenang...Mengajar anak-anak kaMpung lain semanGatnya..mereka senTiasa menantikan kehadiran guru ke dalam kelas untuk mempelajari sesuatu yang baru...Tak sabar meNunggu menJadi guru yang sebenar..Bersungguh-sungguh mereka unTuk mempelajari sesuatu yang baru...=) Pelajar yang NakaL pon banyak juga...teTapi semua itu perkara biasa kerana saya juga perNah menjadi pelajar yaNg nakal suatu masa dulu...


iTu semua keNangan di sekolah..selain dari menjadi guru ganti saya juga berkesempaTan untuk menimBa pengalaman sebagai peMbanTu warden sementara...iNi seMua kerana saya meNumpang Tinggal di asrama..seroNok..kelakar..Marah guru kepaDa pelajarNya...seMua adaaa..hahaaaa..Tapi iTu kan pengalaman...bersyukur bila diberi peluang..Terimakaseh peNolong kanan yang saNgat sPorting "CikGu Johar"..JasaMu dikeNang..NasihaTMu dijaDikan Panduan unTuk hari Mendatang pabila bergelar guru keLak..






Friday, February 12, 2010

BUAT BONDA TERCINTA

Bonda
betapa besar pengorbananmu
Melahirkanku ke dunia ini
Engkau bertarung nyawa
Tanpa sedar kau sedang diambang maut
Tetapi kau rela bertarung nyawa
Demi anakmu yang tercinta

Bonda
Betapa besar pengorbananmu
Engkau membesarkanku berteman

Kini kau sendirian
Tanpa ditemani insan bergelar suami
Engkau mencurahkan kasih sayang
Engkau membekalkan ilmu
Agar aku menjadi insan yang berbakti
Kepada agama, bangsa dan negara

Bonda
Aku akan sentiasa mengingatimu
Hingga hujung nyawa
Terima kasih padamu kuucapkan
Tanpamu bonda
Aku tidak wujud di bumi yang indah ini

Bonda
Ampunilah dosa anak mu ini

Sesungguhnya khilaf ku begitu banyak padamu
Walaupun ia melukaimu
Ia juga amat memeritkan diriku

Bonda
Sekali lagi ingin kuucapkan kepadamu
Terimakasih yang tak terhingga
Kerana Mendidikku
Menjadi insan berguna
Terima kasih bonda

Nantikan kepulangan anakmu.

Sunday, January 31, 2010

Tirai cinTa

Tidakkah kau tahu isi hatiku
Tidakkah kau tahu akan rinduku
Tidakkah terbayang didalam wajahku
Tidakkah tergambar disinar mataku
Gelora cinta kini melanda diriku
Telah kucuba berbicara
Tiada daya ku untuk melahirkannya
Bibit bibit cinta yang tumbuh dihatiku
Kan tetap subur dengan kehadiranmu
Masihkah engkau tiada mengerti rahsiaku
Dengarlah
Melodi cintaku untukmu kekasih
Semoga kau memahami
Semoga kau tahu
Betapa suci cintaku
Betapa sucinya.....

Tuesday, January 19, 2010

Cuba kiTa reNunGKaN

Adakah mahasiswa yang lulus cemerlang PNGK tetapi tidak dalam akhlaknya, layak universiti banggakan?
Atau adakah mahasiswa yang berpeluang menjawat jawatan besar dalam sesebuah syarikat terkenal namun besar juga penyelewengannya layak dibanggakan?
Atau patutkah universiti berasa bangga dengan mahasiswa yang lebih mengenali para artis berbanding para pensyarahnya?
Atau mahasiswa yang rajin membaca komik, majalah hiburan, majalah picisan, dan seumpamanya berbanding jurnal, buku ilmiah, majalah Dewan Masyarakat, Majalah Ilmu dan sebagainya yang patut dibanggakan?
apa paNDangaN aNDa..siLa TinggaLkaN koMeN...

Friday, January 15, 2010

erTi seBuaH PersaHabaTaN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri.....
Tetapi...Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana....
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga
ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya.....?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi
bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat
setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan
tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah....?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu....
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....
Kita tidak tahu....
Tetapi....jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu.....

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Tuesday, January 5, 2010

seKaDar reNunGan kiTa berSaMa

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Friday, January 1, 2010

Aku & TeaM ukHwaH

sepaNjang 3 semesTer aku di UPSI
aku dapat mengenali dengan ramai kengkawan,
lawan???
abaikan saja,
yg penting kawan snTiasa dsisi,
Tidak perlu menjadi lawan sekiranya semua yang disisi adalah kawan,
kawan yang aKu gelar saHabat,
uKHWah kerana ALLAH,
best jga aktvt ngan kengkawan kat cni,
bbq,ronda KL, makan2,
macam macam ada
hehe
yang manis, semestinya akan aku simpan
tp bukan dalam kocek
bukan juga dalam poket
aik..
poket dan kocek sama ja kan,
semua ni akan aku simpan dalam ingatan
biar menjadi kenangan
kenangan sePanJang zaman
Masam, manis, masin, pahit dan yang sama waktu dengannya
aku terima seadanya,
sebab inilah kehidupan,
Perjalanan aku disini masih panjang
aku harap
biarlah aku bertemu dengan insan yang mudah untuk difahami
mudah untuk memahami
yang boleh dijadikan sahabat
sahabat dunia akhirat
AMIN

aHLaN Wa SaHLaN

Kemunculan ku disini
Bukan unTuk mengkritik...
Kemunculan ku disini
Untuk berkongsi ilmu sesama kita...
ilmu yang bermanfaat untuk kita semua...
Mudah-mudahan...
Amin...

suDuT reNunGaN

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,

ialah jangan menuntut agar kita dicintai,

tetapi mulailah memberi kasih sayang

kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan.

(Dale Carnagie)

keiNsaFaN